Mac OS X 10.6.2 Snow Leopard - PC





Mac OS X install dlm PC? yep! kini perkara ini bukan perkara mustahil. Sejak anjakan apple ke Intel bagi processor pada Macbook, iMac..etc. telah membuka ruang harapan kepada pengguna2 PC untuk merasai Mac OS yg sebenar pada PC mereka. Tapi banyak perkara yg perlu diambil kira sebelum proses installasi Mac OS X. Aku sendiri dah banyak kali gagal masa peringkat awal m'installasi Mac OS X dalam PC aku.Proses instalasi Mac OS X kedalam PC bukan semudah proses instalasi Windows XP, Vista atau 7. Banyak "tweak" yg perlu dilakukan utk menjadikan PC-Mac OS yg sempurna.

Utk pengetahuan tiada versi official Mac OS utk PC platform. Dan installasi Mac OS pada PC adalah melanggar terma dan syarat OS itu sendiri walaupun anda membeli dvd original Mac OS.

Masalah utama utk menjadkan PC-Mac OS yg sempurna perlu ambil kira ialah compatibility hardware PC tersebut. Utk maklumat compatibility hardware anda bole rujuk pada osx86project. Pada web tersebut terdapat compatibility list utk rujukan sebelum memulakan proses installasi. Terdapat juga kext dan tweak yg diperlukan bg sebahagian hardware yg tersenarai.

Sebelum aku berjaya install Mac OS X 10.6.2 SL dengan sempurna, aku telah melalui lebih 10 kali kegagalan dan perlu re-format. Kegagalan tersebut berpunca dari kesalah pemilihan kext yang sesuai dan compatibility hardware yg kurang sesuai. Tapi hasilnya kepuasan tak tergambar..hehe :D

Stesen Kerja.. Upgrade.

Dah lame aku tak update blog ni. Memang jiwa aku bukan jiwa blogger...

Kembali kepada tajuk, sebenarnye banyak dah perubahan pada stesen kerja aku tp tak sempat nak update. (Tak sempat?? haha ye kan je la..)
Ketagihan aku pada konfigurasi PC semakin menjadi2 gara2 aku menyertai forum lowyat beberapa tahun yang lalu (Lepas SPM kot). Forum ni bagi aku merupakan forum yang bagus untuk disertai oleh seisi warga Malaysia. Pelbagai kategori topic semasa diperbahaskan. Dan kategori yang paling aku sukai Trade Zone..Hehe. Dekat plaza lowyat pon tak boleh dapat harga macam tu.

Berbalik kepada topik, berikut adalah spesifikasi stesen kerja aku yang terkini:

  • Processor: Intel Core 2 Quad Q6600 (OC @ 3.51GHz) (Sedang mengumpul dana utk i7)
  • Motherboard: Gigabyte EP45-UD3P
  • RAM: Crucial Ballistix Tracer PC 8500 1066MHz DDR2 2x1GB + 2GB Value RAM.
  • Graphic: ATI Radeon HD 4850 512MB - HIS IceQ 4 Turbo (Sedang mengumpul dana utk HD 5850)
  • PSU: Xigmatek Real Power 750Watt (Modular)
  • Casing: Cooler Master 690
  • HDD: WD 640GB + 1TB + 1TB
  • Monitor: Dell 24"
Sistem Operasi:
(Double OS Configuration)
  1. Windows 7 Ultimate 32Bit
  2. Mac Os X Snow Leopard 10.6.2
Photo: